Separuh masa pertama aksi pusingan 16 Liga Juara-Juara AFC Elite (ACLE) antara JDT dan Buriram United berakhir tanpa jaringan di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi. Foto Facebook Johor Southern Tiger.
SEPARUH masa pertama aksi pusingan 16 Liga Juara-Juara AFC Elite (ACLE) antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Buriram United berakhir tanpa jaringan di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.
Harimau Selatan hampir membuka tirai jaringan seawal minit pertama menerusi Bergson Da Silva, namun jaringan penyerang Brazil itu dibatalkan selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) mengesahkan dia berada dalam kedudukan ofsaid.
Buriram United tidak hanya bertahan, sebaliknya memberi tekanan dengan serangan bertali arus.
Wakil Thailand itu hampir mencipta kejutan pada minit ke-7, namun rembatan deras Guilherme Bissoli berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol JDT, Andoni Zubiaurre.
Tuan rumah sekali lagi hampir menemui jaringan pada minit ke-28, kali ini menerusi sepakan padu Afiq Fazail, namun percubaannya sekadar menggegar palang gol.
Kedua-dua pasukan terus berusaha memecah kebuntuan, namun keputusan kekal 0-0 sehingga tamat separuh masa pertama.
Aksi lebih sengit dijangka bakal berlangsung dalam babak kedua perlawanan.