Adik kepada Dr Afifah Hidayah dikenali sebagai Zaim Tawfek mempertahankan kakaknya susulan kemelut rumah tangga dengan penyanyi Nubhan.
Menerusi komen ditinggalkan di Threads, Zaim meminta kakaknya untuk tidak meratapi lelaki seperti suaminya yang didakwa lari apabila berdepan masalah.
BACA: Nubhan Bawa Anak Jumpa Pembantu Rumah, Dr. Fie Komen “Bibik Lebih Layak?”

“Buat apa nak meratapi lelaki pondan? Ada masalah lari rumah, rupanya lari nak duduk dengan bibik,” tulisnya.
Difahamkan, Zaim meninggalkan komen berkenaan dalam satu hantaran Dr Afifah yang memohon orang ramai mendoakan yang baik-baik serta ibu bapa adalah cerminan buat anak-anak.
Baru-baru ini, Nubhan memuat naik video memaparkan dia membawa ketiga anak-anaknya berjumpa dengan pembantu rumah bagi mengubat kerinduan.
Bagaimanapun, komen yang ditinggalkan Dr Afifah Hidayah pada hantaran berkenaan menjadi perhatian berbunyi, “Bibik lebih layak ke dari ibunya?





