Pelakon dan penyanyi, Lufya Omar memaklumkan dia telah menarik semula tuntutan nafkah anak yang difailkan terhadap bekas suami, Dr. Che Hafiz.
Menerusi satu hantaran di Insta Story, Lufya berkata keputusan itu dibuat kerana ianya perkara memalukan untuk terus bergaduh mengenai isu berkenaan yang seolah tidak menemui penyelesaian.
BACA: Anak Mengadu Dibuli, Lufya Omar Hantar Masuk Kelas Taekwondo

“Saya menarik diri daripada tuntutan nafkah anak kerana terlalu memalukan untuk terus bergaduh tentang perkara itu,” katanya.
Sementara itu, Lufya berkata dia berjuang sendirian dan melepaskan tanggungjawab itu sepenuhnya daripada bekas suaminya.
“Tidak mengapa. Saya cukup gembira untuk ‘melepaskan’ awak daripada tanggungjawab (nafkah) awak itu.
“Peguam saya sangat hebat. Tetapi satu perkara, fikirlah dengan baik apabila awak berkata awak tidak mampu dan mahu melawan saya secara habis-habisan.
“Alhamdulillah, ada seseorang yang banyak berhutang dengan saya di dunia dan akhirat. Semoga ibumu masuk syurga Laana Haura asbab berjuang sendiri,” tulisnya.
Terdahulu, Lufya mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Hafiz pada 26 November 2016 namun bercerai pada Jun 2020. Pasangan itu dikurniakan Laana Haura kini berusia tujuh tahun.






