“Ada Yang Cakap Dah Tua-Tua Duduklah Rumah Buat Amal Ibadah”

“Ada Yang Cakap Dah Tua-Tua Duduklah Rumah Buat Amal Ibadah”


Penyanyi Linda Rafar berkata dia terkesan dengan kecaman netizen menjadi punca utama dia mempertimbangkan keputusan untuk meninggalkan kumpulan Elite.

Memetik mStar Online, Linda berkata dia mengakui sedih membaca komen negatif netizen yang tidak suka melihat kehadirannya dalam Elite.

BACA: Linda Rafar Umum Keluar Elite

“Terus terang saya memang sangat terkesan dengan komen-komen netizen yang tidak suka saya bersama Elite. Ada pula yang cakap dah tua-tua duduklah rumah buat amal ibadah.

“Disinilah saya mula berfikir bukan-bukan sampai tahap salahkan diri sendiri atas semua komen-komen negatif itu,” katanya.

Menurut Linda lagi, susulan tekanan tersebut dia membuat luahan memberi bayangan untuk keluar dari Elite namun dia masih pertimbangkan keputusan berkenaan kerana masih ada komitmen bersama Elite.

“Mereka memang tak setuju 100 peratus untuk saya keluar Elite. Lagipun saya masih ada terhutang persembahan besar dan kerja-kerja promosi bersama Elite. Jadi saya tak boleh pentingkan diri,” katanya.

Dalam pada itu, Linda memohon peminat mendoakan yang terbaik untuk dia menyelesaikan situasi berkenaan sebelum konsert GenKRU The Finale pada 22 November ini.

“Saya sayang Elite dan peminat yang dah lama bersama seawal usia saya belasan tahun,” katanya.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top