July 27, 2024

Adakah rumah bertanah masih relevan?

Adakah rumah bertanah masih relevan?


APABILA bercakap mengenai memiliki kediaman bertanah ataupun ‘landed house’, pastinya pembeli akan membuat pelbagai pertimbangan.

Ada di antara mereka lebih gemar akan rumah dengan ruang privasi yang luas.

Tidak kurang juga ada yang lebih mementingkan lokasi kediaman serta kemudahan yang dapat dinikmati di sekitar kawasan tersebut.

Dengan lambakan projek perumahan yang ditawarkan pemaju, agak sukar untuk pembeli membuat pilihan. 

Harus diingatkan, memiliki kediaman sendiri bukan sekadar mempunyai tempat untuk berteduh, namun ia juga mengenai tempat yang melengkapi gaya hidup dan mampu memberikan keselesaan buat penghuni. 

Pun begitu, ciri kediaman bertanah seperti manakah yang mempunyai daya tarikan tinggi di Malaysia?

Persekitaran rumah yang dipenuhi kawasan kehijauan mampu memberikan ketenangan buat penghuni. FOTO-Gamuda.

Adakah rumah dengan halaman yang luas, ruang privasi tersendiri ataupun kediaman yang mesra haiwan peliharaan menjadi pilihan?

Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai apa yang diinginkan oleh pembeli rumah bertanah di Malaysia, sertai tinjauan ringkas yang dijalankan oleh Gamuda Land di sini.

 

Pastinya, setiap orang mempunyai persepsi yang berbeza mengenai ciri-ciri yang harus diambil kira apabila ingin memiliki sesebuah rumah bertanah.

Bagi memberikan keselesaan, Gamuda Land ingin menyediakan kawasan perumahan yang memenuhi cita rasa rakyat Malaysia.

Sertai tinjauan ini kerana jawapan anda mungkin membantu dalam membentuk perumahan yang diingini.

Untuk mengetahui apa pandangan rakyat Malaysia mengenai ciri rumah bertanah ideal bagi mereka di tahun 2024, ikuti artikel selanjutnya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top