Adam Corrie Tak Kisah Isteri Periksa Telefon, Rumah Tangga Rasa Tenang

Adam Corrie Tak Kisah Isteri Periksa Telefon, Rumah Tangga Rasa Tenang


Pelakon Adam Corrie berkongsikan mengenai privasi telefon pintar dalam hubungan suami isteri serta bertanyakan kepada netizen sama ada mereka benarkan pasangan periksa telefon ataupun tidak.

Menerusi hantaran di Threads, Adam berkata sejak dari awal perkahwinan dia sememangnya tidak kisah isterinya memerika telefon pintarnya kerana sekaligus tiada ruang rasa sangsi.

BACA: Berbeza Agama, Adam Corrie Tetap Jalankan Tanggungjawab Sebagai Anak

Menurut Adam lagi, dia terbuka berkongsikan maklumat di telefon kerana tiada perkara yang perlu disembunyikan. 

“Saya dari awal kahwin lagi memang tak kisah pun. Senang bila isteri tahu semua tak ada benda nak sorok, tak ada ruang untuk sangsi. Kalau kita tak buat salah, kenapa nak sembunyi?” katanya.

Tambah Adam lagi, periksa telefon bimbit bukan kerana tidak percaya tetapi dengan kejujuran tersebut sekaligus membuatkan rumah tangga lebih tenang.

“Kadang bukan soal “tak percaya”, tapi soal transparensi dan kejujuran kecil yang buat hubungan rasa tenang,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top