Sebelum ini sah bercerai pada April tahun lalu, penyanyi Adira dan bekas suaminya, Datuk Red didakwa telah rujuk semula ketika tempoh idah.
Memetik mStar Online, sumber memberitahu Datuk Red dikatakan telah kembali bersama Adira dan baru saja memfailkan pengesahan rujuk dua hari lalu.
BACA: Adira, Datuk Red Sah Bercerai Talak Satu
Permohonan pengesahan rujuk dikatakan telah difailkan di Mahkamah Syariah Gombak Barat dan tarikh sebutan dijadualkan pada 20 Januari depan sekaligus menguatkan dakwaan berkenaan.
Setakat ini masih tiada kenyataan rasmi daripada kedua-dua belah pihak mengesahkan perkara berkenaan.
Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Namun pasangan itu bercerai pada 24 April tahun lalu.
Sumber: mStar Online






