Penyanyi Adira meluahkan rasa kecewa dengan tindakan bekas suaminya, Datuk Red yang didakwa meletakkan syarat untu selesaikan kemelut kes rujuk.
Memetik mStar Online, Adira berkata bekas suaminya meminta bayaran sebanyak Rm100,000 syarat untuk batalkan kes rujuk di mahkamah.
BACA: Adira Akui ‘Jejaka Misteri’ Istimewa Dalam Hidupnya
Dedah Adira lagi, usahawan itu didakwa mahu dia menggugurkan saman sivil berkaitan tuntutan hutang.
“Saya agak terkilan juga dengan tuntutan Datuk Red. Dua tiga hari sebelum ini dia ada buat tuntutan yang mana dia boleh mengaku depan hakim yang rujuk ini tidak berlaku tapi kena ikut syarat dia.
“Syaratnya adalah untuk gugurkan saman sivil terhadap dia berkaitan tuntutan hutang dan juga dia nak saya bagi dia RM100,000 untuk batal kes rujuk ini,” katanya.
Sementara itu, Adira turut mempersoalkan tindakan bekas suaminya itu yang tergamak melakukan sedemikian apatah lagi dia bekerja siang malam untuk menyara keluarga.
“Saya tak bersetuju sebab saya kerja siang malam, ada tanggungan dekat rumah dan saya juga tak pernah menyusahkan dia.
“Tergamaklah dia? Sanggup dia bagi tuntutan macam tu dekat bekas isteri dia. Tuntutan dekat saya tu memang tak patutlah,” katanya.
Sumber: mStar Online





