am@hmetro.com.my
Seri Kembangan: Penyanyi, Adira Suhaimi, 33, menghormati keputusan Stacy Anam, 34, yang menarik diri dari Konsert A Night With Sumandak Stars: Ceritera Hatiku sehingga mencetuskan kontroversi sebelum ini.
Adira berkata, dia juga tidak mahu campur tangan sekiranya wujud salah faham antara Stacy dengan pihak penganjur, Orange International Entertainment.
“Sebenarnya, saya tidak sempat nak baca komen atau berkomunikasi dengan rakan artis yang terbabit dalam konsert ini. Saya juga percaya kontroversi yang timbul sebelum ini sudah selesai,” katanya.
Adira berkata, dia percaya Stacy ada alasan tersendiri bila membuat keputusan untuk menarik diri dari konsert itu.
“Bahagian saya sudah okay, selepas kontroversi berlaku, kami ada bercakap dan alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.
“Saya juga gembira apabila beberapa nama rakan artis seperti Azharina, Ayu Damit dan Salma Asis turut diumumkan terbabit dalam konsert itu,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd