Perkongsian penyanyi Adira Suhaimi menjadi perhatian apabila memuat naik gambar bersama seorang lelaki namun tidak dedahkan wajahnya.
Menerusi hantaran berkenaan, Adira dilihat sedang duduk bersebelahan dengan jejaka berkenaan yang berambut panjang paras bahu.
BACA: Kongsi Gambar Lelaki Misteri, Adira Dah Jumpa Jodoh Lebaran?
Diruangan komen, rata-rata netizen serta rakan artis turut tumpang gembira serta mendoakan kebahagiaan buat Adira.
Sebelum ini, Adira turut memuat naik gambar bersama jejaka berkenaan beberapa hari sebelum Aidilfitri.






