Penyanyi Adira Suhami berkata dia bersedia untuk kembali membuka pintu hati selepas sekian lama tertutup.
Memetik Xtra, Adira berkata selama ini dia dikenali sebagai wanita setia walaupun tidak berada dalam perhubungan. Katanya lagi, ada lelaki cuba mendekati namun dia yang tidak membuka pintu hati.
BACA: “Tak Nafi Atau Mengiyakan” – Buat Hidung? Adira Akui ‘Insecure’ Pada Wajah
“Ini masanya saya mencari dan membuka kembali ‘kandang’ (pintu hati) yang sudah tertutup lama.
“Ramai yang datang mendekati saya, cuma saya yang tutup pintu. Saya bukan nak kahwin, jangan mengebalah. Saya cuma nak buka hati, pusing-pusing dulu. Kita pun nak bahagia, rasa dihargai, disayangi..bukan sekadar dengar perkataan ‘sayang’ saja,” katanya.
Sementara itu, Adira berkata dia mahukan lelaki dikalangan orang biasa sahaja dan bukan mereka yang terlbat dengan dunia glamor atau dikenali.
“Kalau boleh saya tak nak pempengaruh atau orang dikenali. Saya nak orang yang biasa-biasa saja,” katanya.
Dalam pada itu, Adira berkata sebagai wanita sudah pasti dia mempunyai naluri mahu dimanjakan serta ada tempat bergantung.
“Kita ni nak juga bermanja. Bila dah biasa sangat jadi provider dan independent, kita jadi provider dan independent kita jadi teringin ada tempat bergantung sekali sekala,” katanya.
Sumber: Xtra






