“Adnan…Bila Tak Mampu Beri Bahagia Jangan Hulurkan Sengsara & Sakit Berpanjangan” – Kakak Adira

“Adnan…Bila Tak Mampu Beri Bahagia Jangan Hulurkan Sengsara & Sakit Berpanjangan” – Kakak Adira


Kakak kepada penyanyi Adira iaitu Emma Suhaimi berkata mereka sekeluarga tidak tahu menahu mengenai tindakan Datuk Red memfailkan pengesahan rujuk di mahkamah.

Menerusi hantaran di Insta Story, Emma berkata adiknya sudah move on serta mahu membawa haluan sendiri, malah keluarga turut terkejut dengan tindakan bekas abang iparnya itu.

BACA: Adira Terkejut Datuk Red Fail Pengesahan Rujuk, Serah Kepada Peguam

“Ye memang betul Adnan (Datuk Red) ada failkan dekat mahkamah. Kami sekeluarga baru dapat info tentang ini dua hari lalu, dan setahu kami apa yang kami lihat tiada tanda-tanda rujuk selama diorang dah cerai.

“Memang 1 minggu sebelum Adnan ke umrah dia ada menyatakan hali ini secara tiba-tiba setelah cinta di tolak. Dia paksa dengan macam macam cara sampai cara paling tidak selesa. Adira dah nak move on dia tak terima. 

“Adira dah jumpa jalan keluar dan bawa haluan sendiri Adnan pula ke mahkamah. Keluarga semua terkejut dan tidak bersetuju tentang hal ini,” katanya.

Sementara itu, Emma berkata mereka sekeluarga mahu kedua-dua mempunyai kehidupan baru dan mengecap kebahagiaan.

“Kami sekeluarga nak diorang ada hidup baru. Doa yang terbaik buat kedua dua nya. Adira layak bahgia, Adnan pun layak bahagia.

“Tapi untuk biarkan adik kami ditempat yang sama dengan drama yang tak henti, masalah yang tiada penghujung. Berjuang sendiri, Bertahan bukan lagi pilihan. Buat Adnan, bila tak mampu beri bahagia jangan hulurkan sengsara dan sakit berpanjangan,” katanya.

Dalam pada itu, Emma berkata sudah lama mereka sekeluarga berdiam diri namun kini ini memlilih untuk bersuara kerana mahu adiknya mendapatkan kehidupan lebih baik.

“Mak kata, tak apa Adira teruskan lawan. Kami sekeluarga kali ni memilih untuk bersuara. cukup hampir 10 tahun lalui hal yang Sama. Anggap ini jalan yang Allah tunjuk untuk mereka berdua. 

“Setelah dia pulang umrah ada sesuatu yang di luar jangka terjadi buat kami sekeluarga bersatu hati untuk berdiri di belakang adik kami,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top