Anak kedua Amyza Aznan iaitu Adrian Adam berkata dia reda dengan pemergian abangnya, Andre Mikhail yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru.
Memetik Astro Gempak, Adrian berkata dia menganggap pemergian abangnya itu adalah sebagai takdir serta berdoa agar arwah dilindungi daripada azab kubur.
BACA: “Dia Boleh Dengar Tapi Tak Respon” – Anak Sulung Amyza Aznan Nazak
“Saya reda dengan pemergian abang saya. Saya anggap benda ini sebagai satu ujian dan takdir. Saya harap Allah merahmati abang saya dan lindungi dia daripada azab kubur dan azab api neraka,” katanya.
Sementara itu, Adrian berkata dia mahu membawa semangat arwah abangnya untuk melawan kanser tulang dihidapinya.
“Sebenarnya dia (arwah abang) macam… bagi rasa semangat jugaklah. Sebab kita (akan) sama wad kan nanti. Tapi dah Allah takdirkan ambil dia dulu, tak apalah. Kita terima je.
“Apa pun saya kena kuat untuk family saya, especially my mom and my dad, also my brother. Because now I am the big brother,” katanya.
Sumber: Astro Gempak





