Adrian Adam Menahan Sakit Setiap Malam, Bengkak Di Betis Sebesar Bola Takraw

Adrian Adam Menahan Sakit Setiap Malam, Bengkak Di Betis Sebesar Bola Takraw

Adrian Adam Menahan Sakit Setiap Malam, Bengkak Di Betis Sebesar Bola Takraw


Pelakon Amyza Aznan berkata setiap malam anak keduanya, Adrian Adam menaha sakit akibat kanser tulang yang dihidapinya.

Menerusi siaran langsung di Instagram, Amyza berkata perkara itu memberi impak pada emosinya lebih-lebih lagi  mendengar rintihan anak keduanya itu.

BACA: Amyza Aznan Menangis Terima RM191,947, Pak Nil Serah Sumbangan Orang Ramai Untuk Adrian

“Satu dah pergi (Allahyarham Andre), seorang lagi sakit sama. Sekarang ini, setiap hari dan setiap malam dia cakap sakit.

“Saya tak tahu nak cakap dan buat apa. Apa boleh saya buat? Setiap malam sebelum tidur saya akan tanya dan dia jawab sakit.

“Namun dia pula sebelum ini tak mahu cakap kongsi kesakitan itu dengan saya tetapi cakap kepada orang lain,” katanya.

Sementara itu, Amyza berkata Adrian sering sembunyikan kesakitan dialaminya namun minggu lalu kesakitan dialaminya semakin kerap sehingga anaknya itu menangis.

“Minggu lalu, hampir setiap hari, bila sudah tidak tahan sangat kesakitan, menangis. Dia anak yang sangat baik tetapi dia pandai tipu mak dia. Bila tanya sama ada dia sakit, jawabnya tidak,” katanya.

Berkongsi mengenai rawatan yang dijalani oleh Adrian, Amyza berkata anaknya menjalani rawatan di beberapa tempat dimana kos rawatan mencecah RM900.

“Ketika ini, Adrian sedang menjalani rawatan di beberapa tempat, kami tidak fokus pada satu lokasi sahaja. Setiap sesi rawatan sekitar RM900. Itu baru satu tempat dan kami ada pergi ke beberapa lokasi lain.

“Dengan teknologi baru ini, kita harap tak perlu menjalani pembedahan dan kanser itu akan hilang begitu sahaja. Begitulah harapan kami.

“Doktor juga beritahu dia perlu menjalani sebanyak 80 sesi rawatan bersamaan dengan empat bulan lagi. Kos rawatan juga mencecah RM53,000, belum lagi sesi lain yang berdaftar,” katanya.

Dalam pada itu, Amyza berkata kaki Adrian kini dalam keadaan bengkak pada bahagian betis dan sukar untuk berjalan.

“Sekarang Adrian ‘foot drop’ (sukar mengangkat kaki) sebab bila bengkak, beri tekanan kepada saraf dan kerana itu tak boleh angkat. Bengkaknya sangat besar pada bahagian betis yang sebesar bola takraw, berat dia nak jalan,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top