ADUN Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin meninggal dunia

ADUN Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin meninggal dunia



am@hmetro.com.my

Ipoh: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin meninggal dunia hari ini.

Kematian Ketua UMNO Bahagian Tapah itu dimaklumkan oleh ADUN Manjoi yang juga Ketua Pemuda PAS Perak, Mohd Hafez Sabri menerusi hantaran di Facebook (FB), sebentar tadi.

“Saya baru mendapat berita sedih bahawa YB Hj Ishsam Shahruddin ADUN Ayer Kuning, Perak baru sahaja kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

“Secara peribadi hubungan saya sangat baik dengan Almarhum. Selalu bertanya khabar dan bergurau bila bertemu. Sebelum ini ada bertemu beliau kami mesyuarat sekali berkaitan isu rakyat.

“Semoga Allah tempatkan Almarhum bersama para syuhada’ siddiqin dan solihin. Takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Almarhum dan sahabat handai,” tulis Mohd Hafiz pada hantaran itu.

Pemergian Ishsam turut dikongsikan oleh Ketua Pemuda Amanah Perak, Khairol Najib Hashim menetusi hantaran FB.

“Al-Fatihah buat YB Isham Shahruddin ADUN Ayer Kuning, Tapah, Perak yang meninggal dunia sebentar tadi. Salam takziah buat ahli keluarga,” tulis hantaran itu.

Difahamkan, Isham rebah sewaktu menghadiri Kejohanan Bolasepak 4 Penjuru antara Pulau Pinang, Perlis, Kedah, dan Perak yang berlangsung di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, Georgetown.

Beliau mewakili Barisan Nasional (BN) sejak November 2022 termasuk sebagai Pengerusi BN Parlimen Tapah selain pernah berkhidmat sebagai Naib Presiden dan Penolong Pengurus skuad senior Perak FA.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top