Ahli Dewan Undangan Negeri atau ADUN Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah difahamkan telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis yang ke-12, menggantikan Adun Sanglang, Shukri Ramli, yang meletakkan jawatan pada Khamis atas alasan kesihatan.

ADUN Kuala Perlis wakili parti Bersatu
Memetik laporan daripada Bernama, Abu Bakar yang mewakili Bersatu, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, di Istana Arau kira-kira jam 4.04 petang.

ADUN Kuala Perlis merupakan Timbalan Pengerusi PN
Beliau merupakan Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis dan juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Perlis.
Difahamkan, pelantikan ini berlaku ketika Perlis sedang berdepan krisis politik, susulan lapan Adun Perikatan Nasional (PN) dilaporkan mengemukakan akuan bersumpah kepada Raja Perlis bagi menarik balik sokongan terhadap Shukri, yang mewakili PAS.
Sumber: Bernama






