ADUN Rembia sudah sign SD kemudian lompat parti, tanggunglah sendiri – Puad

ADUN Rembia sudah sign SD kemudian lompat parti, tanggunglah sendiri – Puad


 

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis perlu mengambil tanggungjawab sendiri atas tindakannya melompat parti.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi berkata, ia kerana Jailani sudah menandatangani akuan bersumpah (SD).

“ADUN Rembia, Mohd Jailani Khamis, mendakwa tuntutan Umno RM100 juta bertujuan supaya dia jadi muflis. Ini satu lagi YB tiada kelas.

“Dialah yang memufliskan dirinya. Dia sign SD kemudian dia melompat parti maka tanggunglah sendiri. Dia boleh tanya pula “Apa yang saya nak beri anak saya makan?,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Dakwa Puad, Jailani tidak pernah cukup makan, sebab itu katak suka melompat cari makan.

Katanya, Jailani asalnya dari UMNO, kemudian menyertai PKR dan menjadi ADUN bebas.

Yang terbaharu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan beliau ahli Pas.

“Sepatutnya Takiyuddin cakap, oleh kerana Pas sudah banyak laki-laki, maka Pas memerlukan lebih banyak katak termasuk Jailani untuk kuatkan Pas,” bidas Puad lagi.- MalaysiaGazette

 

 

 



Source link

OR

Scroll to Top