AFC teliti implikasi penggantungan tujuh pemain warisan Harimau Malaya terhadap kejohanan benua

AFC teliti implikasi penggantungan tujuh pemain warisan Harimau Malaya terhadap kejohanan benua

AFC teliti implikasi penggantungan tujuh pemain warisan Harimau Malaya terhadap kejohanan benua


AFC memandang serius perkara tersebut yang melibatkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya.

KONFEDERASI Bolasepak Asia (AFC) mengesahkan pihaknya mengambil maklum keputusan Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada 26 September yang membabitkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta beberapa pemain warisan Harimau Malaya berhubung pelanggaran Kod Tatatertib FIFA.

AFC memandang serius perkara tersebut dan mengakui keputusan itu berpotensi memberi implikasi terhadap penganjuran kejohanan di bawah kelolaan badan induk bola sepak Asia itu.

“AFC akan meneliti keadaan ini dengan teliti mengikut peraturan berkaitan setelah proses di peringkat FIFA selesai sepenuhnya,” kata kenyataan itu.

AFC dalam masa sama menegaskan pihaknya tidak akan mengulas mengenai siasatan atau prosiding yang sedang berjalan mahupun yang telah selesai kerana ia tertakluk sepenuhnya di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Tatatertib dan Etika AFC.

Jawatankuasa Tatatertib FIFA pada Jumaat mengumumkan penggantungan setahun terhadap tujuh pemain berkenaan serta denda berjumlah RM1.8 juta terhadap FAM selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA berkaitan pemalsuan dokumen.

Pemain yang dikenakan tindakan ialah Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Alejandro Hevel yang beraksi ketika Malaysia menentang Vietnam dalam pusingan ketiga Kelayakan Kumpulan F Piala Asia Arab Saudi 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Jun lalu juga didenda RM10,560.

Ringkasan AI

  • Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengambil maklum keputusan Jawatankuasa Tatatertib FIFA terhadap FAM dan pemain warisan Harimau Malaya
  • AFC mengakui keputusan tersebut boleh memberi implikasi terhadap kejohanan di bawah kelolaannya
  • AFC akan meneliti situasi ini mengikut peraturan setelah proses di FIFA selesai
  • AFC menegaskan tidak akan mengulas mengenai siasatan atau prosiding yang sedang berjalan atau selesai
  • FIFA menggantung tujuh pemain dan mendenda FAM RM1.8 juta kerana pemalsuan dokumen



Source link

OR

Scroll to Top