Afrika Selatan fail bukti baharu genosid Israel kepada ICJ

Afrika Selatan fail bukti baharu genosid Israel kepada ICJ


PRETORIA – Afrika Selatan memfaikan bukti baharu dakwaan genosid yang dilakukan Israel terhadap penduduk Gaza di Palestin kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Ia meliputi bukti baharu Israel mencabuli Konvensyen Genosid dengan melakukan kemusnahan kehidupan warga Palestin di Gaza, membunuh mereka dengan senjata pemusnah, menafikan akses mereka kepada bantuan kemanusiaan,” kata Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa.

Bukti tersebut menunjukkan tindakan Israel menyasarkan kemusnahan fizikal penduduk Palestin dan ‘tidak mengendah serta menentang’ beberapa langkah sementara terdahulu oleh ICJ.

Israel menggunakan kebuluran sebagai senjata peperangan dan menyasarkan untuk mengurangkan populasi Gaza menerusi pembunuhan beramai-ramai dan pemindahan secara paksa terhadap warga Palestin, katanya yang merujuk kepada perincian bukti dalam teks setebal 750 muka surat.

Lokasi simpanan bukti baharu mungkin tidak didedahkan kepada awam, katanya.

Ramaphosa berkata, tindakan memfailkan bukti itu dilakukan sejurus Israel mempertingkatkan pembunuhan orang awam di Gaza dan kini dilihat berniat untuk melakuikan perkara sama di Lubanan.

Sebagai tindak balas, Israel akan memfailkan respon kepada bukti baharu itu pada 28 Julai tahun depan.

Afrika Selatan memfaikan kes genosid terhadap Israel di mahkamah yang berpengkalan di The Hague pada akhir 2023 dengan menuduh negara itu, yang mengebom Gaza secara berterusan sejak Oktober lalu, gagal menyokong komitmen Konvensyen Genosid 1948.

Beberapa negara termasuk Türkiye, Nicaragua, Palestin, Sepanyol, Mexico, Libya dan Colombia menyertai kes itu di ICJ yang mula mendengarnya pada Januari lalu.

Pada Mei lalu, mahkamah itu mengarahkan Israel menghentikan serangan di Rafah, selatan Gaza.

Ia merupakan kali ketiga panel 15 orang hakim mengeluarkan peritah awal untuk mengehentikan pembunuhan dan kemusnahan, yang mana hamper 43,000 penduduk Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita dibunuh sejak 7 Oktober 2023 manakala lebih 100,000 cedera. – Agensi



Source link

OR

Scroll to Top