Agong akan tentukan Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu

Agong akan tentukan Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu


am@hmetro.com.my

Putrajaya: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah baginda akan memilih Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu bagi menerajui suruhanjaya berkenaan.

Baginda bertitah, jawatan berkenan amat penting dalam memastikan SPRM terus berperanan secara berkesan sebagai institusi utama negara dalam membanteras rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

“Saya akan menentukan siapa calon terbaik untuk menerajui SPRM selepas ini,” titahnya kepada Royal Press Office (RPO) seperti dikongsikan di akaun Facebook rasmi baginda hari ini.

Justeru, baginda bertitah dan menegaskan tiada keperluan untuk mana-mana pihak mempolitikkan perkara berkenaan.

Kontrak Tan Sri Azam Baki dijadual berakhir kurang sebulan dari sekarang selepas tiga kali kontraknya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM disambung.

Sebagai rekod, Azam sudah tiga kali dilantik semula bagi memegang jawatan berkenaan, masing-masing selama setahun iaitu dari 12 Mei 2023 hingga 11 Mei 2024; 12 Mei 2024 hingga 12 Mei 2025, serta 13 Mei 2025 hingga 12 Mei tahun ini.

Jawatan Azam menjadi perhatian umum kerana SPRM menjadi badan penguatkuasaan utama negara dalam pembanterasan rasuah serta pemulihan aset negara yang hilang akibat penyelewengan besar-besaran.

Ketegasan Azam dalam siasatan kes-kes rasuah jelas dilihat melalui tindakan konsisten terhadap pelbagai kes tanpa mengira latar belakang individu terbabit.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top