Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap kes rasuah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang melibatkan pemimpin tertinggi.
Menurut laporan Harian Metro, baginda bertitah demikian sewaktu Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas di Parlimen hari ini.
Kes rasuah libat peringkat tertinggi ATM
Foto: Bernama
“Saya amat kecewa apabila berlakunya kes rasuah dalam Angkatan Tentera Malaysia sampai peringkat tertinggi.
“Agaknya selepas ini saya terpaksa lantik Sarjan saja jadi PAT. Ini hanyalah sekelumit daripada segunung atau tip of the iceberg,” titahnya.
Artikel lain: MINDEF akur arahan PM Anwar, perolehan dibekukan sementara tanpa jejas operasi
Foto: Bernama
Terdahulu, bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan direman selama tujuh hari berhubung siasatan kes tender perolehan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Sumber: Harian Metro (Muhamaad Razis Ismail)






