Aguero jangka aksi sengit berdepan Singapura

Aguero jangka aksi sengit berdepan Singapura


Petaling Jaya: Penyerang naturalisasi Sergio Aguero menjangkakan pertarungan sengit apabila berdepan Singapura pada aksi terakhir Kumpulan A saingan Piala Asean 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat ini.

Beliau berkata, kedua-dua pasukan berkongsi misi penting dalam memburu slot ke separuh akhir kejohanan berkenaan.

“Satu perlawanan yang penting kerana kemaraan kami bergantung pada keputusan perlawanan itu nanti. Kami sudah bersedia dan sudah tentu kami mahu menang.

“Satu perlawanan yang sukar apabila menentang Singapura kerana kami tahu mereka bermain dengan baik, tetapi kami perlu menggunakan kelebihan bermain di gelanggang sendiri,” katanya pada sesi latihan skuad kebangsaan di Wisma FAM.

Penyerang Sri Pahang FC itu percaya skuad kebangsaan mampu melakar kemenangan sekiranya corak permainan taktikal pada aksi ketiga menentang Thailand tempoh hari dipraktikkan semula.

“Kami perlu menampilkan corak permainan sebenar, jika kami bermain seperti ketika menentang Thailand tempoh hari, kami mempunyai peluang yang besar untuk mara ke separuh akhir,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top