Ahli Parlimen ‘jilat dan ampu’ halang kebenaran

Ahli Parlimen ‘jilat dan ampu’ halang kebenaran


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen penyokong kerajaan diperli kerana dikatakan terlalu mempertahankan kerajaan sehingga sanggup menjadi ‘penjilat’ dan ‘pengampu’ tanpa mempedulikan kebenaran.

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) berkata, sikap melampau mempertahankan kerajaan ini menghalang teguran membina yang dibuat oleh pembangkang daripada diterima dengan baik.

“Saya faham kalian perlu pertahankan kerajaan, tapi kadang-kadang nampak sangat nak menjilat ataupun mengampu. Bila kita menjilat dan mengampu, kebenaran tidak terserlah,

“Bak kata pepatah Orang Putih ‘keep your friends close but your enemy closer’. Ya kita ‘rivel we are adversary in politic’. Jadi bila pembangkang menegur, kita tegur dengan ‘good face’ bukan nak menjahanam, bukan menipu, bukan memfitnah dalam Dewan yang mulia ini,” katanya ketika membahaskan Laporan Ketua Audit Negara di Dewan Rakyat hari ini,.

Beliau turut mempersoalkan ketidakhadiran wakil Jabatan Audit Negara dalam prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung penjualan saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), yang menurutnya menimbulkan keraguan terhadap ketelusan serta keberkesanan sistem audit sedia ada.

“Ini menimbul tanda tanya apa terma ‘engagement’ ataupun kerja audit ini? Adakah ia selektif walaupun kita telah memperluaskan bidang kuasa Ketua Audit Negara untuk mengaudit GLC-GLC kita.” katanya.

Kenyataan itu menerima bantahan daripada beberapa Ahli Parlimen kerajaan, namun beliau tetap meneruskan hujah dengan penuh yakin dan bertanggungjawab.

Dalam pendedahan lebih serius, Wan Ahmad Fayhsal menjelaskan bagaimana Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) terus dicemari pelbagai bentuk pelanggaran integriti dan tadbir urus berdasarkan dapatan laporan Ketua Audit Negara.

Antara dakwaan beliau, pembelian estet Telupid di Sabah tanpa penilaian bebas dan bertentangan dengan keputusan mesyuarat asal lembaga pengarah dan tiada sebarang resolusi baru dibawa, sekali gus melanggar Perlembagaan FELCRA (115).

“Ini satu bentuk ‘breach of fiduciary duty’ dengan izin. ‘This is a breach of duty of proses and constitution’ dengan izin. Jadi ada elemen ‘gross negligence’,” katanya.

Tambahnya, pembelian dan penjualan ladang di Kelantan berlaku dalam tempoh hanya tujuh hingga 12 hari selepas kelulusan lembaga, tanpa sebarang kajian bebas atau penilaian risiko dan ianya satu bentuk tindakan tergesa-gesa dan tidak profesional.

“Ini adalah bentuk, dengan izin, reckless conduct. Bertentangan dengan prinsip ‘due diligence’ yang diperuntukkan di bawah Seksyen 213(2) Akta Syarikat.

“Tidak mempertimbangkan faktor seperti pulangan modal terlalu panjang dan kos tambahan sewa pajakan dan keperluan kerja pemulihan.

“Kalau benda ni terus dibuat memanglah Felcra akan sentiasa berdepan dengan masalah dan ini bukan mudah, kita dah berdepan dengan banyak isu. Mana tatakelola yang sebenarnya, reformasi itu?.” katanya.

Beliau turut mendedahkan dua ahli lembaga FelcraA telah menarik diri daripada urusan tertentu kerana berlakunya konflik kepentingan, namun tiada rekod jelas menunjukkan bagaimana konflik tersebut diurus atau diselesaikan.

“Saya nak jelaskan di sini tindakan dan keputusan Lembaga Pengarah Felcra dalam perolehan ladang sawit ini bermasalah menunjukkan berlaku banyak pelanggaran berulang terhadap prinsip, Seksyen 213 Akta Syarikat 2016,” ujarnya. – UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top