Ahli perniagaan gigit jari, wang RM700,000 lesap dipercaya wanita China

Ahli perniagaan gigit jari, wang RM700,000 lesap dipercaya wanita China


am@hmetro.com.my

Nilai: Ahli perniagaan mengalami kerugian lebih RM700,000 selepas diperdaya untuk menjadi rakan niaga dalam talian dengan seorang wanita warga China sejak Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, mangsa diminta membuka kedai atas talian dan memindahkan wang kononnya bagi tujuan menaikkan penarafan (rating) kedai berkenaan.

“Kami terima satu aduan daripada seorang lelaki warga tempatan berusia lewat 30-an memaklumkan dia berkenalan dengan wanita berkenaan pada Mei lalu.

“Wanita itu kemudiannya memperkenalkan sebuah laman web bernama Yoox-Shooping.

“Suspek menawarkan kerjasama dalam urusan perniagaan dan meminta pengadu membuka sebuah kedai dalam talian di laman web berkenaan,” katanya, hari ini.

Katanya, pengadu dikatakan diminta membuat bayaran ke 10 akaun bank berbeza bagi tujuan menaikkan penarafan (rating) kedai atas talian miliknya.

“Bayaran dilakukan menerusi 27 transaksi berasingan, membabitkan jumlah keseluruhan sebanyak RM703,337.41.

“Pengadu hanya menyedari menjadi mangsa penipuan apabila wanita berkenaan sekali lagi meminta bayaran tambahan sebanyak RM300,000.

“Ia bagi membolehkan keuntungan hasil peningkatan penarafan kedai itu dikeluarkan,” katanya.

Abdul Malik berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan sedang dijalankan untuk mengesan dan menangkap suspek.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top