Aidil Aziz Dipeluk Sharifah Sakinah, Netizen Tegur Jaga Batas

Aidil Aziz Dipeluk Sharifah Sakinah, Netizen Tegur Jaga Batas


Perkongsian pelakon Fasha Sandha menjadi perhatian apabila memuat naik gambar bersama suaminya serta memaparkan aktres Sharifah Sakinah memeluk Aidil Aziz.

Menerusi gambar berkenaan, Aidil dilihat merangkul Fasha dan Sakinah sambil tersenyum memandang kamera.

BACA: “Siapa Kita Nak Kata Halal Haram? Konsert Tu Untuk Amal Kebajikan” – Fasha Sandha 

Difahamkan, Fasha menemani suaminya untuk mempromosikan drama terbaru berjudul Sujud Terakhir Encik Norman bergandingan dengan Sakinah.

Bagaimanapun, diruangan komen hantaran itu rata-rata netizen kurang senang dengan tindakan berpelukan itu apatah lagi masing-masing berstatus suami dan isteri orang.

Malah, ada netizen yang mempersoalkan Fasha seolah terbuka serta mendakwa membiarkan suaminya dipeluk wanita lain.






Source link

OR

Scroll to Top