Aidil Aziz Kunci Mulut Isu Fasha Sandha Tanggal Tudung Dalam Drama

Aidil Aziz Kunci Mulut Isu Fasha Sandha Tanggal Tudung Dalam Drama


Pelakon Aidil Aziz enggan mengulas lanjut mengenai isu isterinya iaitu Fasha Sandha yang tampil tidak bertudung dalam drama Doa Yang Terlindung.

Memetik mStar Online, Aidil berkata perkara itu terlalu peribadi buat dia dan isterinya serta memohon maaf tidak dapat memberikan komen.

BACA: “Siapa Kita Nak Kata Halal Haram? Konsert Tu Untuk Amal Kebajikan” – Fasha Sandha 

“Saya tiada sebarang komen sebab kami tidak mahu cakap apa-apa, saya minta maaf kerana tidak dapat memberikan komen sebab lebih baik fokus kepada Drama Sujud Terakhir ini.

“Saya anggap begitu sebab perkara ini terlalu peribadi buat kami jadi maaf sangat kerana tidak mampu berikan sebarang komen,” katanya.

Sementara itu, Aidil berkata dia dan Fasha akan berbincang sebelum menerima sebarang tawaran berlakon.

“Saya tahu drama tu juga tular dan mungkin rezeki isteri saya, malah Fasha juga ada beritahu saya yang drama ini akan tular, malah setiap watak yang dibawa oleh isteri kami akan berbincang dulu.

“Sebagai pelakon, tanggungjawab kami untuk sampaikan mesej. Bukan main pilih saja kerana semakin kuat mesej, semakin berat tangunggjawab pelakon.

“Saya setuju dia terima tawaran untuk drama tersebut, kalau tak setuju tidak mungkin dia akan buat,” katanya.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top