Aidilfitri peluang saling bermaafan, bersih jiwa, erat silaturahim

Aidilfitri peluang saling bermaafan, bersih jiwa, erat silaturahim



mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Jadikan Aidilfitri ini sebagai peluang untuk saling bermaafan, membersihkan jiwa dan mengukuhkan silaturahim, kata Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin.

Menurutnya, seluruh umat Islam bakal menyambut kedatangan Syawal dengan penuh kesyukuran setelah sebulan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

“Jadikan Aidilfitri hari yang bermakna, penuh kemaafan, kasih sayang dan kebahagiaan.

“Sambutlah lebaran dengan hati yang bersih dan jiwa yang tenang sementara buat yang akan pulang ke desa, berhati-hatilah di jalan raya,” katanya dalam ucapan sempena Hari Raya Aidilfitri hari ini.

Anis berkata, pandu dengan cermat dan ingatlah orang tersayang yang menunggu kepulangan anda dengan penuh harapan.

“Di kesempatan yang mulia ini, saya dengan rendah hati menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan sama ada yang disedari atau tidak,”katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top