Aimanulhaq dilantik pengurus baharu Piala Presiden PDRM FC

Aimanulhaq dilantik pengurus baharu Piala Presiden PDRM FC


Aimanulhaq (kanan) menerima dokumen pelantikan sebagai pengurus pasukan Piala Presiden PDRM FC daripada Mohamad Hafiz sambil disaksikan Baharuddin. Foto PDRM FC

PDRM FC mengumumkan pelantikan Muhammad Aimanulhaq Zaharuddin sebagai pengurus pasukan Piala Presiden bagi musim 2025/2026.

Graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam Pengurusan Acara dan kini di peringkat akhir Sarjana Pengurusan Perniagaan Sukan di United Kingdom itu menegaskan fokus utamanya adalah membina struktur pasukan yang lebih profesional dan teratur.

“Selain pembangunan pemain muda, kita mahu pastikan pasukan kekal konsisten serta memiliki identiti dan disiplin yang kuat,” katanya.

Beliau berpengalaman dalam pengurusan pasukan e-sukan dan pernah mengetuai pasukan juara Grand Final Liga Profesional Mobile Legends (MPL Malaysia Musim Ke-10).

Aimanulhaq turut memiliki Lesen Kejurulatihan D FAM dan sijil dari FA England.

Terdahulu, PDRM FC secara rasmi mengumumkan pelantikan Muhammad Aimanulhaq sebagai pengurus pasukan Piala Presiden PDRM FC bagi musim 2025/2026.

Hadir bagi menyaksikan sesi menandatangani kontrak pelantikan itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PDRM FC, Asisten Superintenden Mohamad Hafiz Zainal Abidin dan Ketua Pegawai Operasi (COO) PDRM FC, Datuk Baharuddin Abu Bakar.



Source link

OR

Scroll to Top