Ainul Aishah Stres Pembantu Rumah Minta Skincare, Mekap & Makan 5 Ketul Ayam Seorang 

Ainul Aishah Stres Pembantu Rumah Minta Skincare, Mekap & Makan 5 Ketul Ayam Seorang 


Pelakon Ainul Aishah berkongsikan pengalamannya mengambil pembantu rumah melalui ejen selepas dua bulan.

Menerusi perkongsian di Threads, Ainul berkata pembantu rumahnya seorang yang suka melawa dan turut memintanya membelikan mekap serta produk kecantikan.

BACA: Ainul Aishah Sah Bergelar Isteri Ahli Perniagaan

“Ini kali pertama saya dapat pembantu rumah melalui ejen.  Dah dua bulan ada pembantu.  Pembantu ni dia suka melawa, minta skincare set, minta beli foundation, makeup set, earrings, lipgloss sampai pening kepala nak melayan,” katanya.

Malah, Ainul berkata setiap kali memasak pembantunya akan mengambil ayam 5 ketul untuk dirinya seorang serta bertanyakan adakah betul tindakan yang dilakukan oleh pembantu rumahnya itu.

“Lepas itu suka ambil ayam sekali masak untuk dia seorang empat hingga lima ketul ayam.  Saya pula beli ayam organik sebab saya ada anakkan. 

“Kita ni tak sampai hati la bila dia minta. Tapi betul ke apa yang dia buat ni? Sebab saya rasa stress dengan dia,” katanya.

Perkongsian Ainul itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meminta pelakon itu untuk meletakkan batasan serta jika mahu melakukan biarlah berpada-pada.






Source link

OR

Scroll to Top