Pelakon, Aedy Ashraf menitipkan pesanan penuh makna buat kaum lelaki agar terus kuat dan tidak berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup.
Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, Aedy atau nama sebenarnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 32, berkongsi kata-kata semangat yang menyentuh hati ramai.
“Kepada semua lelaki di luar sana, wherever you are in life right now. If it’s hard, if it’s tough, if it feels unbearable, please, be strong. Jangan give up, okay?
“Kita semua first time jadi manusia, first time lalui semua ni. No one has all the answers. Apa jadi pun, jangan give up tau. You matter more than you know,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Perkongsian berkenaan menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang tersentuh dengan mesej tersebut, selain ada juga dalam kalangan mereka yang mengakui ‘air mata jantan’ mereka tertumpah kerana kepenatan yang terlampau dalam mencari rezeki.
@aedyxashraff Kepada semua lelaki di luar sana, wherever you are in life right now. If it’s hard, if it’s tough, if it feels unbearable, please, be strong. Jangan give up, okay? Kita semua first time jadi manusia, first time lalui semua ni. No one has all the answers. Apa jadi pun, jangan give up tau. You matter more than you know.






