Aira mara ke final Terbuka Bermuda

Aira mara ke final Terbuka Bermuda


Aira Azman mara ke perlawanan akhir Kejohanan Terbuka Bermuda 2025.

PEMAIN skuasy negara, Aira Azman mara ke perlawanan akhir Kejohanan Terbuka Bermuda 2025 selepas menewaskan kakaknya, Aifa Azman, pada pusingan separuh akhir awal pagi Sabtu.

Pada aksi yang berlangsung di Devonshire, Bermuda itu pemain berusia 20 tahun berkenaan bermula kurang baik apabila tewas set pertama 4-11.

Bagaimanapun, pilihan pertama kejohanan itu bangkit memenangi tiga set berikutnya 11-4, 11-8, 11-6 untuk mara ke perlawanan akhir pertamanya pada musim ini.

Menanti Aira di pusingan akhir esok adalah pilihan kedua dari Mesir Hana Moataz yang menewaskan rakan senegara Amina El Rihany.

Hana bagaimanapun terpaksa bermandi peluh sebelum menang 7-11,11-7, 7-11,11-7, 11-9 dalam aksi yang berlangsung hampir sejam. – Bernama



Source link

OR

Scroll to Top