Usahawan Noor Nabila meluahkan rasa kesal bagasinya hilang meskipun penerbangan yang dinaikinya hanya mengambil masa dua jam dan melalui laluan terus.
Menerusi satu hantaran di Insta Story, Nabila turut berharap agar syarikat penerbangan berkenaan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan mereka.
BACA: Noor Nabila Belanja Lebih RM140,000 Setahun Untuk Cantik Tanpa Mekap

Dalam hantaran itu, Nabila turut memuat naik paparam emel dimana sistem menandakan begnya “tertinggal” dan arahan meminta supaya membuat semakan di pejabat perkhidmatan bagasi.
“Patutlah tak pernah maju. Syarikat penerbangan lain dah naik taraf perkhidmatan… kau masih bangga dengan kacang masin yang kau hidangkan kepada penumpang,” tulisnya.



Sementara itu, Nabila turut berkongsikan penjejak digital (airtag) menunjukkan bagasinya masih berada di terminal KLIA sedangkan dia sudah sampai ke destinasi.
Tambah Nabila lagi, disebabkan insiden berkenaan syarikat penerbangan itu akan menjadi pilihan terakhirnya di masa akan datang.





