Aisha Retno Mendonia! Duet Bersama Ariana Grande & Cynthia Erivo… Siap Hadiahkan Kain Batik Sebagai ‘Souvenir’

Aisha Retno Mendonia! Duet Bersama Ariana Grande & Cynthia Erivo… Siap Hadiahkan Kain Batik Sebagai ‘Souvenir’


Penyanyi berbakat, Aisha Retno menyorot perhatian ramai selepas berkongsi sepotong video pendek menerusi Instagram miliknya.

Hantaran berdurasi lebih satu minit itu memperlihatkan Aisha bersama-sama bintang filem Hollywood, Wicked For Good iaitu penyanyi dan pelakon popular, Ariana Grande dan Cynthia Erivo.

Teruja dan gagal menahan sebak, Aisha sempat  memperkenalkan dirinya kepada figura ternama itu sebelum menyanyi lagu runut bunyi bagi filem tersebut.

“Hi Ariana and Cynthia, saya dari Malaysia. Saya menyanyikan lagu runut bunyi alih suara dalam Bahasa Malaysia untuk filem kamu,” katanya.

Tidak habis disitu, Aisha juga kelihatan sempat memberikan hadiah cenderahati kepada Ariana dan Cynthia berupa kain batik.

“Saya ada sesuatu buat kamu berdua. Ini adalah batik daripada Malaysia. It’s like a handkerchief but it is quite long,”jelasnya.

Sebelum ini, Aisha meluahkan keterujaannya apabila diberi peluang menjadi wakil Malaysia ke Singapore Wicked Premiere.

 



Source link

OR

Scroll to Top