Ajak Kenang Budi Tauke Jambu, Datang Gerai Hadiahkan Meja Makan Baru

Ajak Kenang Budi Tauke Jambu, Datang Gerai Hadiahkan Meja Makan Baru


Pelawak Ajak Shiro memuat naik video menjadi perhatian ramai apabila melawat gerai sahabatnya, Tauke Jambu yang kini berniaga lempeng.

Menerusi perkongsian di TikTok, Ajak berkongsikan ketika di awal penglibatannya dalam dunia hiburan, Tauke antara individu yang banyak menghulurkan ‘tangan’ tanpa berkira.

BACA: Tauke Tak Malu Niaga Tepi Jalan, Tak Sangka Kedai Lempeng RM1 Dapat Sambutan 

@ajakshiro_

Tauke Jambu, terima kasih dari hati yang paling dalam. Waktu aku masih bertatih, belum tahu arah dan belum jadi siapa-siapa, kaulah antara orang yang menghulur tangan tanpa berkira. Budi yang kau tanam waktu itu bukan kecil nilainya.. Malah jadi tempat aku berpaut, jadi teduh waktu panas, jadi payung waktu hujan. . Bukan semua Saudara kena Sedarah, kadang kita jadi saudara kerana budi.. Semoga Jambu yang kau tanam ni akan berbuah manis satu hari nanti.. Sama2 kita support sahabat kita ni.. . @taukejambu

? original sound – Ajak Shiro – Ajak Shiro

“Tauke Jambu, terima kasih dari hati yang paling dalam. Waktu aku masih bertatih, belum tahu arah dan belum jadi siapa-siapa, kaulah antara orang yang menghulur tangan tanpa berkira.

“Budi yang kau tanam waktu itu bukan kecil nilainya.. Malah jadi tempat aku berpaut, jadi teduh waktu panas, jadi payung waktu hujan. 

“Bukan semua Saudara kena Sedarah, kadang kita jadi saudara kerana budi.. Semoga Jambu yang kau tanam ni akan berbuah manis satu hari nanti.. Sama- kita support sahabat kita ni,” tulisnya.

Dalam video tersebut, Ajak turut membawa beberapa buah meja dan kerusi untuk dihadiahkan kepada Tauke.

Difahamkan, beberapa hari lalu Tauke memaklumkan enam biji meja di gerainya, Pasir Penambang, Kuala Selangor didakwa dicuri oleh individu yang tidak bertanggungjawab. 






Source link

OR

Scroll to Top