July 27, 2024

Akaun IG Muslim Care kena godam



rnoraina@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Akaun Instagram rasmi Muslim Care Malaysia Society digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab sejak semalam.

Exco Media Muslim Care, Tuan Asri Tuan Hussein berkata, pihaknya menyedari perkara itu sebaik menerima maklumat daripada orang awam, malam tadi.

“Semakan mendapati penggodam memuat naik iklan tawaran telefon pintar iPhone kepada individu yang menderma sejumlah wang bagi bantuan kecemasan Palestin.

“Iklan berkenaan bukan daripada pihak kami. Usaha untuk mendapatkan semula akaun laman sosial itu juga tidak berjaya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Tuan Asri berkata, Muslim Care sudah membuat laporan polis berhubung iklan palsu itu untuk tindakan lanjut.

Justeru, beliau menyeru orang ramai supaya tidak terpedaya dengan iklan palsu itu bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

“Setakat ini, kami tidak menerima aduan daripada individu yang menjadi mangsa. Muslim Care tidak pernah memuat naik sebarang tawaran iklan sedemikian dan berharap orang ramai berhati-hati,” katanya.

Katanya, sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi Hotline Muslim Care Malaysia Society di talian 011-50050035.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top