Sering dikecam menempah busana mewah bernilai ratusan ribu ringgit, usahawan Haliza Maysuri menjadi perhatian menempak kain kafan daripada pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman.
Menerusi hantaran di Threads, Haliza berkata dia sering dikecam apabila ada netizen mengatakan apabila meninggal dunia kelak hanya kain kafan yang akan dipakai.

“Selalu saya tempah busana dunia harga ratusan ribu, selalu dikecam. ‘Mati nanti pakai kain kafan saja’. Hari ini, saya tempah pakaian alam kubur, jenama Rizalman Ibrahim,” tulisnya.
Menurutnya lagi, tempahan itu selari dengan gaya pakaiannya di dunia serta keseimbangan antara kehidupan dunia dan akhirat.
“Pakaian dunia saya berjenama. Akhirat pun kenalah yang terbaik, dan berjenama. Barulah seimbang dunia dan akhirat. Yang sibuk mengira dosa orang, dah tempah ke kain kapan untuk bawa mati?” tulisnya.





