Akhirnya lega! Fadhlina bersyukur nama dibersihkan, dengar perkataan maaf

Akhirnya lega! Fadhlina bersyukur nama dibersihkan, dengar perkataan maaf

Akhirnya lega! Fadhlina bersyukur nama dibersihkan, dengar perkataan maaf


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek meluahkan rasa lega selepas namanya berjaya dibersihkan susulan permohonan maaf secara terbuka oleh Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail berhubung dakwaan larangan laungan takbir semasa Minggu Solidariti Palestin di sekolah, tiga tahun lalu.

Kelegaan sangat besar

Memetik laporan daripada Free Malaysia Today (FMT) beliau menyatakan kehadirannya ke mahkamah adalah untuk mendapatkan keadilan dan membersihkan reputasi yang terjejas akibat kenyataan tersebut.

“Yang saya nak dengar perkataan maaf dan saya dapat hari ini perkataan minta maaf itu.
“Apabila dia meminta maaf dan semua kenyataan ditarik balik serta tidak benar, itu sebenarnya kelegaan yang sangat besar dan nama saya telah bersih sepenuhnya,” katanya.

Zukiflli mohon maaf, akui sekolah tersebut benar laungan takbir

Fadhlina turut memaklumkan bahawa kos sebanyak RM15,000 yang diperoleh hasil penyelesaian kes itu akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi kempen Solidariti Palestin di Jasin.

Terdahulu, Zulkifli bersama akhbar Harakah memohon maaf di Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Hilmiah Yusof selepas mengakui kenyataan mereka sebelum ini telah menimbulkan salah faham dan menjejaskan nama baik Fadhlina.

Beliau turut mengakui bahawa sekolah sebenarnya dibenarkan melaungkan takbir serta membaca Qunut Nazilah sepanjang Minggu Solidariti Palestin.

Kes itu bermula pada November 2023 apabila Zulkifli didakwa mengeluarkan kenyataan mengenai larangan tersebut sebelum ia diterbitkan oleh Harakahdaily dan akhbar Harakah.

Susulan itu, Fadhlina memfailkan saman terhadap Zulkifli, penerbit Galeri Media Serbanika Sdn Bhd dan bekas ketua pengarangnya, Mazlan Jusoh.

Dalam masa sama, pihak defendan bersetuju menyelesaikan pertikaian berkenaan serta berjanji tidak akan mengulangi atau menyebarkan kenyataan sama pada masa akan datang.





Source link

OR

Scroll to Top