Akmal Saleh kekal EXCO Melaka, peletakan jawatan ditolak Ketua Menteri

Akmal Saleh kekal EXCO Melaka, peletakan jawatan ditolak Ketua Menteri

Akmal Saleh kekal EXCO Melaka, peletakan jawatan ditolak Ketua Menteri


Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, menolak surat peletakan jawatan Datuk Dr Mohamad Akmal Saleh sebagai Exco Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri yang dihantar pada Januari lalu.

Ab Rauf berkata, Akmal akan meneruskan tanggungjawabnya sebagai Exco Kerajaan Negeri seperti biasa.

“Saya nak beritahu, beliau telah mengemukakan surat peletakan jawatan sejurus selepas membuat pengumuman tersebut.
“Tetapi saya membuat keputusan untuk menolak peletakan jawatan itu supaya beliau dapat meneruskan tugas sebagai Exco Kerajaan Negeri,” katanya, hari ini.

Tegas beliau, kuasa untuk menerima atau menolak peletakan jawatan terletak di tangan Ketua Menteri.

“Jadi, hak untuk menerima atau menolak adalah hak Ketua Menteri.
“Saya sudah bercakap dengan Ketua Menteri dan Ketua Menteri memutuskan untuk menolak,” selorohnya.

Artikel lain: Akmal Saleh umum letak jawatan Exco Melaka – “Saya akan lawan DAP habis-habisan!”

Sebelum ini, Akmal mengumumkan keputusan meletakkan jawatan pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 15 Januari lalu, namun beliau menegaskan akan kekal sebagai Ketua Pemuda UMNO.

Keputusan itu dibuat susulan gesaan pemimpin DAP supaya beliau mengambil pendirian meletakkan jawatan, berikutan tuntutan agar UMNO menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan.

Sumber: Sinar Harian (Norafiza Jaafar)





Source link

OR

Scroll to Top