Aksi berdepan Malaysia sukar – Radulovic

Aksi berdepan Malaysia sukar – Radulovic


JURULATIH Lubnan, Miodrag Radulovic mengakui kekalahan 0-1 kepada Malaysia dalam aksi final Pestabola Merdeka berpunca daripada kesilapan mereka sendiri.

Beliau berkata, para pemain melepaskan banyak peluang untuk meledak gol sambil mengakui aksi di di Stadium Nasional Bukit Jalil itu sebagai sukar buat mereka.

Malah beliau menjelaskan hal tersebut sudah dijangka kerana pasukan tuan rumah mempunyai pemain yang bagus.

“Aksi yang sengit. Kami sedikit menghormati lawan pada mulanya. Namun selepas itu dapat beraksi dengan baik.

“Malangnya kami bolos dan sukar untuk mengatur semula permainan. Kami ada beberapa peluang, tapi kejayaan memihak Malaysia.

“Tahniah buat mereka,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Ia kekalahan pertama Lubnan selepas dua kali menewaskan Harimau Malaya menerusi jaringan 2-1 pada tahun 2017 dan 2018.

Radulovic turut menjelaskan misi mereka datang ke Malaysia adalah untuk meraih trofi, namun tetap gembira dengan gelaran naib juara.

“Kami datang untuk menang (jadi juara), namun ada situasi tidak jelas (keputusan pengadil). Tidak mengapa ia biasa dalam bola sepak,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

OR

Scroll to Top