PERLAWANAN Liga Super antara Kelantan Darul Naim (KDN) FC dan Perak FC ditunda 30 minit ke jam 9.30 malam kerana hujan lebat di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini pada Khamis.
Aksi yang sepatutnya dijadualkan pada jam 9 malam itu tertangguh kerana hujan bermula jam 7 malam.
Penangguhan diumumkan oleh Komisioner Perlawanan, Azmi Othman.
Pasukan KDN FC yang bersedia turun padang.
Pada perlawanan lalu, KDN FC dikecewakan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 0-3 di Stadium Darul Aman di Alor Setar manakala Perak FC diaibkan Penang FC 0-2 di laman sendiri.
Ketika ini hujan mula reda dan pasti malam ini kedua-dua pasukan akan bermain bermatian bagi mencuri tiga mata untuk mendaki tangga liga.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
OR