Aksi spontan Trump menari curi perhatian

Aksi spontan Trump menari curi perhatian


syazrina@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mencuri perhatian sebaik tiba di Malaysia apabila secara spontan menari bersama kumpulan penari tradisional tempatan.

Ketibaan Trump disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan diiringi persembahan tarian kebudayaan sebagai tanda alu-aluan.

Beliau yang turun dari Air Force One berwarna biru putih, iaitu Boeing 747-200B, dilihat tersenyum dan mengikut rentak penari dengan gaya santai.

Aksi berkenaan mengundang sorakan dan tepukan gemuruh daripada orang ramai yang hadir menyaksikan detik bersejarah itu.

Trump kemudian sempat menyapa beberapa rakyat Malaysia yang berada di kawasan sambutan berkenaan.

Beliau turut mengambil bendera Malaysia dan AS sebelum mengibarkannya sebagai simbol persahabatan dua negara.

Selepas itu, beliau beramah mesra seketika dengan rakyat Malaysia yang berada berhampiran kawasan ketibaan.

Trump tiba di negara ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini.

Lawatan rasmi itu turut diadakan bersempena Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-13 dan Sidang Kemuncak Asia Timur ke-20.

Kehadiran beliau adalah atas jemputan Anwar selaku Pengerusi ASEAN 2025.

Trump kemudian beredar bersama Anwar menaiki limosin rasmi, The Beast, menuju ke lokasi sidang kemuncak berkenaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top