July 16, 2024

Aksi sukar berdepan England

Aksi sukar berdepan England


PERTAHANAN Belanda, Nathan Ake percaya pertembungan menentang England dalam aksi separuh akhir Euro 2024 pada Khamis akan menjadi sangat sukar dan dramatik.

Menurut Ake, dia juga menikmati detik berdepan beberapa rakan sepasukannya di Manchester City selain membawa misi Belanda untuk meraih kejuaraan utama sejak kali terakhir pada 1988.

“Saya menantikannya. Terdapat ramai pemain yang saya kenali dari Liga Perdana Inggeris. Kami tahu kualiti individu mereka dan ia adalah separuh akhir jadi ia akan menjadi sukar. Kami sedang membina momentum.

“Kami melalui peringkat sukar pada permulaan kejohanan dan kini kami telah melalui satu lagi ujian jadi saya fikir kami sudah bersedia.

“Pasukan bukan pilihan atau tidak, itu tidak penting. Kami fokus pada diri sendiri. Kami tahu apa yang perlu kami lakukan,” katanya.

Belanda, sama seperti England, telah menerima kritikan atas persembahan mereka pada kejohanan itu setakat ini.

Skuad kendalian Ronaldo Koeman mara ke peringkat kalah mati sebagai salah satu pasukan terbaik di tempat ketiga, setelah meraih empat mata daripada perlawanan Kumpulan D.

Belanda menewaskan Romania dalam pusingan 16 terakhir dengan prestasi terbaik mereka dalam kejohanan itu, sebelum menewaskan Turkiye.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

OR

Scroll to Top