“Aku Menyerahkan Urusanku Bulat-Bulat Kepada Allah” 

“Aku Menyerahkan Urusanku Bulat-Bulat Kepada Allah” 


Perkongsian penyanyi Zizi Kirana menjadi perhatian apabila memuat naik mengenai sebaris maksud ayat al-Quran.

Menerusi hantaran tersebut, Zizi memuat naik maksud ayat dari surah Ghafir berkenaan perasaan berserah kepada ketentuan Allah.

BACA: Raya Berasingan, Zizi Kirana & Yusuf Bahrin Undang Tanda Tanya

“dan aku menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku) sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hamba-Nya,” tulisnya.

Tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai hantarannya itu, rata-rata netizen mendoakan agar dipermudahkan urusan Zizi.

Baru-baru ini, Zizi dan suaminya, Yusuf Bahrin menjadi perhatian apabila memuat naik gambar pada 1 Syawal tanpa pasangan masing-masing di sisi.

Menerusi hantaran di media sosial, Zizi memuat naik gambar sendirian tanpa Yusuf, manakala aktor berkenaan berkongsi foto bersama ahli keluarganya.

Meskipun peminat membuat pelbagai spekulasi mengenai rumah tangga mereka, pasangan itu tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara berkenaan.






Source link

OR

Scroll to Top