Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona mengakui berasa cemburu melihat ramai rakan sebayanya kini sudah melangkah ke alam perkahwinan.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu berkata dia kini benar-benar serius dan sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga, namun masih belum bertemu calon suami yang sepadan.
Menurut Leona, 23, keinginannya untuk berkahwin semakin kuat apabila melihat rakan-rakan sekelilingnya sudah ramai berstatus isteri.
“Saya rasa sekarang ini ramai kawan saya sudah berkahwin dan saya memang cemburu. Saya memang mahu berkahwin, tapi macam mana nak kahwin kalau teman lelaki pun tak ada,” katanya.
Leona turut mendedahkan dia sudah meminta bantuan ibu saudaranya untuk mencarikan jodoh dan berharap tahun hadapan menjadi titik permulaan untuk bertemu cinta sejati.
“Saya benar-benar serius dan tidak mahu lagi bermain-main dalam soal hubungan. Kalau seseorang itu sendiri tak pasti apa yang dia mahukan, lebih baik jangan buang masa saya. Doakan agar 2026 menjadi tahun saya bertemu jodoh,” ujarnya.
@leonsmeonss I WANNA GET MARRIED TOO 😭
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Leona supaya menikmati usia muda terlebih dahulu dan tidak terlalu tergesa-gesa untuk bergelar isteri.






