Koulibaly (kiri) meraikan jaringan bersama Neves selepas meledak gol kega ketika Al-Hilal berdepan Manchester City dalam Pusingan 16 Piala Dunia Kelab di Orlando. Foto AFP
KELAB Arab Saudi, Al-Hilal dari Arab Saudi mengejutkan gergasi Inggeris, Manchester City, dengan kemenangan 4-3 Pusingan 16 Piala Dunia Kelab dalam masa tambahan di Stadium Camping World pada Selasa.
Kemenangan dramatik ini menyaksikan Al-Hilal mara ke suku akhir dan bakal berdepan kelab Brazil, Fluminense.
Perlawanan sengit itu menyaksikan Manchester City mendahului seawal minit kesembilan menerusi Bernardo Silva.
Namun, Al-Hilal bangkit dengan dua gol pantas selepas rehat menerusi Marcos Leonardo dan Malcom dalam tempoh enam minit meletakkan The Boss di depan.
Biarpun begitu penyerang sensasi City, Erling Haaland menyamakan kedudukan untuk City pada minit ke-55, menjadikan kedudukan 2-2.
Aksi berlanjutan ke masa tambahan, dengan Kalidou Koulibaly meletakkan kelab yang berpangkalan di Riyadh itu kembali di depan pada minit ke-94 hasil tandukan daripada sepakan sudut Ruben Neves.
Biarpun Phil Foden sekali lagi menyamakan kedudukan untuk City, namun Marcos Leonardo muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-113, memastikan Al-Hilal melangkah ke pusingan seterusnya.