Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah sertai Kejohanan Golf NPC November ini

Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah sertai Kejohanan Golf NPC November ini


Kuala Lumpur: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan menyertai Kejohanan Golf Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) Malaysia 2024 di Tropicana Golf & Country Resort pada 26 November ini.

Ini merupakan kali pertama pasangan Diraja akan mengambil bahagian dalam acara anjuran NPC, di mana edisi kejohanan golf sebelum ini menampilkan sama ada Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri sebagai tetamu kehormat.

Presiden NPC Datuk Ahirudin Attan berkata kejohanan yang dijangka menarik 120 peserta itu diadakan semula selepas tujuh tahun dan bertujuan mengeratkan hubungan antara NPC, kerajaan, sektor korporat dan media.

“Pada tahun-tahun sebelum ini, NPC menganjurkan acara golf ini setiap tahun. Namun, akibat pandemik COVID-19, kita terpaksa menangguhkannya. Kini, dengan pandemik sudah berlalu, kami telah menghidupkan semula kejohanan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata acara ini dibuka kepada menteri kabinet, diplomat asing, tokoh industri, editor kanan, wartawan dan profesional lain dengan kategori lelaki, wanita, dan senior (65 tahun ke atas).

Yuran pendaftaran ialah RM450 untuk ahli NPC dan RM600 untuk bukan ahli.

Peserta juga boleh menantikan hadiah cabutan bertuah dan beg cenderahati dengan pendaftaran kini dibuka di rumah kelab NPC atau melalui nombor telefon 012-632 0061.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top