Dalam pasaran gajet yang sentiasa berkembang, pengguna kini mencari satu peranti yang mampu memenuhi semua keperluan harian bermula daripada tugasan kerja yang kompleks sehinggalah kepada hiburan santai.
Memahami permintaan ini, HUAWEI memperkenalkan tablet terbaharunya, HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte edisi 2025 yang menawarkan prestasi dan pengalaman seperti komputer peribadi.
Salah satu ciri utama yang membezakan MatePad 11.5 PaperMatte edisi 2025 adalah papan kekunci pintar boleh cabut yang didatangkan terus di dalam kotak tanpa perlu pembelian tambahan.
Papan kekunci ini bersambung melalui Bluetooth dan boleh dipasang secara magnetik. Rekaannya yang fleksibel membolehkan ia digunakan dalam mod komputer riba untuk menaip dokumen panjang atau dicabut untuk kegunaan sebagai tablet biasa.
Bekerja lebih cekap
Bagi mereka yang bergantung kepada perisian pejabat, MatePad 11.5 PaperMatte edisi 2025 menawarkan pengalaman WPS Office bertaraf komputer peribadi.
Antara muka yang intuitif direka sama seperti versi desktop membolehkan pengguna mengendalikan hamparan data, pembentangan dan dokumen dengan mudah.
Aplikasi WPS ini adalah percuma dan menyokong ciri-ciri canggih seperti anotasi tulisan tangan pada fail PDF dan tandatangan digital.
Lebih menarik, keupayaan multitetingkap membenarkan sehingga empat aplikasi dibuka serentak (dua dalam mod skrin-belah dan dua dalam tetingkap terapung), menjadikan multitugas lebih lancar dan efisien.
Teknologi paparan anti-silau dinaik taraf
HUAWEI membawa inovasi keselesaan mata ke tahap baru dengan paparan PaperMatte yang dinaik taraf dan direka khas untuk mengurangkan ketegangan mata terutamanya semasa penggunaan jangka masa panjang.
Secara amnya, kebanyakan skrin tablet di pasaran memancarkan cahaya terkutub linear di mana gelombang cahaya bergetar pada satu arah sahaja.
Pancaran ini merangsang titik yang sama pada mata secara berterusan lalu menyebabkan kelesuan visual.
Berbeza dengan paparan PaperMatte, ia menggunakan teknologi cahaya terkutub membulat (Circular Polarisation Technology) sama seperti cahaya matahari semula jadi.
Teknologi ini menyebarkan rangsangan cahaya secara lebih sekata ke seluruh mata sekali gus mengurangkan keletihan dan memulihkan keselesaan seakan-akan melihat cahaya semula jadi.
Hasilnya, pengalaman tontonan menjadi lebih selesa dan selamat. Paparan ini telah menerima pelbagai pensijilan antarabangsa termasuk TÜV Rheinland Low Blue Light (Bebas Kelipan), SGS Gold Standard 2.0 dan TÜV Rheinland Circular Polarization.
Catat, lakar idea tanpa had
Bagi pelajar dan golongan profesional kreatif, aplikasi HUAWEI Notes menjadi teman produktiviti yang sempurna apabila ia menawarkan lebih 300 pelekat, 120 rekaan muka depan dan 50 jenis kertas untuk dipilih.
Pelbagai pilihan berus seperti pensel 2B dan pen kaligrafi turut tersedia. Pengguna juga boleh memasukkan imej, rakaman suara, tulisan tangan dan teks dalam satu nota dengan mudah.
Apabila digandingkan dengan HUAWEI M-Pencil (Generasi ke-3), pengalaman menulis terasa begitu asli dengan latensi hampir sifar. Setiap garisan yang ditulis muncul serta-merta di skrin.
Selain itu, ciri AI Handwriting Enhance juga mampu mengesan tulisan tangan yang kurang kemas dan mengubahnya menjadi bentuk tulisan (font) yang lebih kemas dan rapi secara automatik.
Lebih mengujakan, aplikasi lukisan profesional GoPaint kini diprapasang dalam siri HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte edisi 2025 buat pertama kalinya. Aplikasi ini menawarkan berpuluh-puluh jenis berus, daripada cat air sehinggalah pen penanda dengan sapuan yang lancar dan tekstur yang realistik.
Paling penting, aplikasi hebat ini boleh digunakan secara percuma, membolehkan sesiapa sahaja menyerlahkan bakat seni mereka.
Reka bentuk ringan, ultra-nipis dengan hayat bateri tahan lama
HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte edisi 2025 turut menampilkan rekaan unibodi logam sepenuhnya dalam pilihan warna ungu dan kelabu.
Dengan ketebalan hanya 6.1mm dan berat 515g, ia amat selesa untuk dibawa ke mana-mana.
Peranti ini turut dilengkapi bateri berkapasiti 10,100 mAh yang mampu memainkan video secara berterusan selama lebih 13 jam.
Pengguna juga tidak perlu gusar sekiranya kehabisan bateri kerana teknologi pengecasan pantas 40W HUAWEI SuperCharge akan memastikan peranti sedia digunakan dalam masa yang singkat.
HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte edisi 2025 adalah pilihan ideal bagi mereka yang mahukan sebuah tablet serba boleh yang mampu menggantikan fungsi asas sebuah komputer peribadi.
Jadi antara yang pertama memiliki HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte edisi 2025 serba baharu ini bermula dari RM1,599.
Pra tempah sekarang dan dapatkan HUAWEI M-Pencil generasi ketiga serta WPS bertaraf komputer peribadi bernilai RM698 secara percuma menerusi HUAWEI Store, Shopee, Lazada dan TikTok Shop rasmi HUAWEI.
© New Straits Times Press (M) Bhd