Barcelona: Pelumba Gresini Racing, Alex Marquez menamatkan rekod tanpa kalah abangnya, Marc untuk muncul juara Grand Prix (GP) Catalunya, sebentar tadi, hanya kemenangan kedua dalam kariernya di kelas perdana.
Alex bangkit menebus kekecewaan selepas terjatuh ketika mendahului saingan dalam perlumbaan pecut pada Sabtu lalu.
Marc sebelum ini memenangi 15 perlumbaan dan pecut berturut-turut.
Jika dia menang, pelumba Ducati itu berpeluang menamatkan saingan lebih awal dengan gelaran ketujuh pada GP San Marino hujung minggu depan.
Namun, kekalahan itu menyaksikan kelebihan mata kejuaraan Marc dipotong kepada 182 mata dengan baki tujuh pusingan, sekali gus mengubah peluangnya untuk dimahkotakan juara hanya seawal GP Jepun hujung bulan ini.
Pelumba Tech3, Enea Bastianini menamatkan perlumbaan di tempat ketiga untuk meraih podium pertama bersama pasukan itu.
Tempat keempat menjadi milik pelumba KTM, Pedro Acosta manakala bintang Yamaha, Fabio Quartararo melengkapkan kelompok lima terbaik.
© New Straits Times Press (M) Bhd