Alexander ucap takziah kepada ahli keluarga mangsa tragedi berakit di Sungai Jahang

Alexander ucap takziah kepada ahli keluarga mangsa tragedi berakit di Sungai Jahang



essabuyamin@bh.com.my

Kuala Lumpur: Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa dalam kejadian lemas ketika melakukan aktiviti berakit di Sungai Jahang, Gopeng, Perak, hari ini.

Alexander berkata, hari ini adalah hari yang menyedihkan buat Kementerian Kerja Raya (KKR), khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR) apabila tiga warga agensi berkenaan disahkan meninggal dunia ketika mengikuti kursus di Gopeng, Perak.

“Saya difahamkan ketiga-tiga mangsa meninggal dunia dipercayai lemas akibat dihanyutkan kepala air ketika mengikuti aktiviti rakit arus deras di Sungai Kampar, petang tadi.

“Berdasarkan maklumat awal yang saya terima, mangsa yang meninggal dunia membabitkan peserta daripada JKR Langkawi seramai dua orang dan seorang daripada JKR Seberang Perai Tengah,” katanya dalam satu kenyataan di platform X, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya berdukacita dengan berita yang menyedihkan itu dan mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa.

“Saya mengikut rapat perkembangan insiden ini dan sudah meminta pasukan kementerian dan JKR di negeri terbabit untuk memberi bantuan dan sokongan yang sewajarnya,” katanya.

Tragedi berakit ragut nyawa 3 pegawai JKR: Bot terbalik akibat kepala airTragedi berakit ragut nyawa 3 pegawai JKR: Bot terbalik akibat kepala air

Tragedi berakit: Tiga mangsa lemas adalah kakitangan JKR

Tiga lemas ketika ‘water rafting’ di Sungai Jahang

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top