Usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa, tampil menegur sikap segelintir netizen yang tidak berlapik melontarkan kata-kata kesat melibatkan isu penyakit serius susulan pendedahan pelakon, Zara Zya baru-baru ini.
Kata Alha atau nama lengkapnya, Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil berkata, komen yang diberikan individu tersebut bukan sahaja tidak beradab, malah berpotensi memberi kesan emosi kepada individu yang sedang berjuang melawan penyakit kanser.
“Astaghfirullahalazim. Bawa-bawa mengucap.
“Jangan cakap macam ni, bahaya kalau orang ada cancer baca, mereka boleh down!
“Tak ada benda baik nak cakap, please diam!,” katanya.

Menerusi hantaran sama, Alha turut berkongsi pengalaman peribadi apabila ibunya sebelum ini berdepan pemyakit kanser tahap empat, namun dengan sokongan yang diberikan, ibunya kini disahkan bebas kanser.
“Ibu saya ada cancer tahap 4, doktor dah suruh baca yassin ramai-ramai sebab dah tak ada harapan.
“Saya dan family jaga dan bagi semangat. Now alhamdulillah bebas cancer dah.
Sebelum ini, Zara Zya menerusi hantaran di platform sama mendedahkan, dia kini sedang menghidap penyakit Renal Cell Carcinoma (Kanser Buah Pinggang) Tahap 1.







